
Tunggu syauqi di tempat biasa di KL Central. Duduk membaca, ada orang datang menyapa.
"Assalamualaikum kak"
Aku diam je ('alaikassalam + tak senyum pun) Depan aku budak lelaki yang berkonsep sempoi. Di tangan ada kepingan kupon. Dah tahu dah..(haha)
"Saya dari..bla..bla..membantu anak yatim...kita dah nak puasa..bla bla...lima ringgit je kak..!" Budak tu habis bercakap.
"Eh, senyumlah sket kak. Macam takut-takut je"
(Mana tak takut, kot diacukan pisau ke..hah! Orang skang ni kalu nak buat jahat dah tak peduli apa. Aku dah bersangka buruk ni. Tapi, kontrol rasa. Mungkin budak ni orang yang benar)
Apapun,
"Maap le dik, akak tengah 'kering' (budak tu nampak terkujat. Penat dia cakap. Last-last aku cakap takde duit..haha. Iya, aku tak tipulah)
"Erm, takpelah kak. Mekasih"
"Aaa..by the way..good luck. Akak salurkan dengan cara akak lah"
"Ouh..macam mana kak?" (aiseh, dia tanye pulak)
"Kat kampus, insyaAllah sama-sama kita bantu orang yang perlukan"
"Aaa..yelah. Mekasih kak"
________________________________________________________
Jadi sukarelawan (sukarela tolong kutip derma utk pihak yang perlu bantuan)
Pernah kalian berpengalaman? (Bukan mudah,kan?)
Baru kita nak bagi salam je orang "dah lari". Belum sempat nak cakap apa. Ada yang lagi best, dari jauh dah mengelak kedatangan kita. Isk, susah.
Namun, ada yang bermurah hati. Nak juga mendengar sedikit info tentang kutipan derma. Yelah, baik juga dimaklumkan latar belakang kutipan derma. Biar mereka tahu ke mana duit mereka disalurkan.
Kalut juga. Baru bagi salam...dah ditepis-tepis (hehe)...memang kena tebalkan muka kalu nak jadi sukarelawan :)
"..atau, mereka nak cepat kot. Tu yang tak sempat nak dengar taklimat engkau"
(Erm, logik juga..)
Walau apa pun, tak nafikan, Orang Malaysia memang suka menderma. Jika diadakan kutipan derma secara terbuka, insyaAllah ada sambutan. Cuma, kadangkala nak mengutip cara 'approach one by one' ni susah juga. Orang macam tak percaya. Kenapa??
Mungkin disamakan dengan sindiket pengemis yang berjalan dari meja ke meja. Atau takut duit mereka dilesapkan oleh sukarelawan jadian :P
Erm..itulah. Yang berniat baik dah disilap tafsir. Sebab ada sukarelawan jadian yang ambil kesempatan. Terkena tempias kat sukarelawan lain pula.
Pengalaman lepas bersama sahabat dari department psikologi, menjadi sukarelawan Institut Khalifah. Macam-macam konklusi:
"Barulah tahu bagaimana susahnya nak jadi sukarelawan. Dan kerja ni bantu kita nak memerhati pelbagai jenis watak manusia. Seronoknya, boleh aplikasi ilmu dari bumi universiti. Apa tu..interpersonal relationship, social psychology.."
Kami ketawa bersama. Sama-sama sedapkan hati, sebab tiket masih tebal di tangan (hehe)
Pun, rasa begitu beruntung diberi pengalaman begini. Terima kasih Tuhan :)
Akhirnya, salam Ramadhan untuk semua. Kullu 'am waaantum bikhoir. Sama imarahkan Madrasah Ramadhan. Moga bertambah amalan, rebut pahala dari Tuhan azza wajalla. :)
No comments:
Post a Comment